Senin, 06 Januari 2014

HIPPIE STYLE





Budaya Hippie bermula di Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Barat lain pada era 1960-an dan tersebar ke seluruh dunia. Perkataan "hippie" berasal daripada perkataan "hip" atau "hipster". Budaya ini diperjuangkan oleh kebanyakan remaja dan belia negara barat pada era tersebut, dan timbul disebabkan oleh pemberontakan politik, sosial, dan spiritual yang melanda Amerika syarikat pada pertengahan hingga penghujung dekad 1960-an.
Kebanyakan golongan muda yang terikut dengan budaya ini menentang pemikiran konservatif ibu bapa mereka, dengan melakukan hubungan seks bebas, mengambil dadah (terutamanya ganja dan halusinogen LSD atau acid) dengan alasan ia mengembangkan pemikiran spiritual, menyimpan rambut panjang, berpakaian aneh, hidup secara nomad, dan juga berkumpul dengan "hippie" yang lain dalam pesta yang menentang budaya dan pemikiran masyarakat umum, dipanggil "be-in", atau "love-in" sambil mendengar irama rock and roll.
Hippie juga berkait rapat dengan gerakan anti-perang Amerika Syarikat yang menentang keras kerajaan Amerika Syarikat kerana menghantar para belia menjadi askar semasa di Perang Vietnam melalui draf. Hippie, golongan muda dan penentang radikal yang lain cuba menyampaikan mesej "cinta" dan "keamanan" kepada masyarakat pada masa itu dan berusaha menghentikan Perang Vietnam yang telah meragut banyak nyawa.


Sejarah

Budaya ini berakar umbi daripada budaya "Beatnik" 1950-an yang menyebarkan ideologi-ideologi spiritual dan intellektual kepada masyarakat pada masa itu. Kebanyakan tokoh-tokoh "Beatnik" seperti William S. Burroughs, Allen Ginsberg, dan Jack Kerouac adalah sasterawan dan penyajak. Karya mereka penuh dengan mesej yang bercanggah dengan pemikiran masyarakat umum, dan menyeru golongan muda supaya mencari kebenaran dan pengalaman di luar masyarakat umum. Namun, kebanyakan karya Beatnik ini tidak mendapat sokongan (malah mendapat bantahan) oleh masyarakat konservatif. Hanya golongan remaja dan pelajar-pelajar kolej sahaja yang mendapat ilham daripada pemikiran bebas dan liberal golongan Beatnik ini.
Selain itu, budaya hippie juga diinspirasikan oleh budaya bohemian yang wujud di Eropah pada kurun ke-19 dan budaya gypsy dari Romania yang anti-tradisi, dan hidup secara nomad untuk mengelak masyarakat yang konservatif.
Budaya hippie telah muncul sekitar tahun 1965/1966 namun tidak berkembang secara besar-besaran sehingga tahun 1967. Ken Kesey dan the Merry Pranksters, sekumpulan hippie yang mempopularkan budaya ini, mula menyimpan rambut panjang, mengambil dadah, dan berpakaian secara "bohemian" semasa pengembaraan mereka menerusi Amerika menaiki bas sekolah yang dihias dengan lukisan "psychedelic" semasa tahun 1964/65. Pengembaraan bas ini merupakan eksperimen tentang kesan pengambilan dadah LSD dan didokumentasikan dalam buku Tom Wolfe, "The Electric Kool-Aid Acid Test". Buku tersebut menyebabkan ramai golongan muda yang ingin meniru cara hidup kumpulan The Pranksters.


Kata Hippie mempunyai beragam bentuk tulisan menurut beberapa negara. diantaranya, "Hippic" yang berasal dari inggris, "Hippique" yang berasal dari prancis, dan "Hippish" yang berasal dari negara belanda. tapi pada intinya Hippies tersebut berawal dari yunani "Hippos" yang mempunyai arti kata "kuda". 

Hippes memiliki ciri khas yang berbeda dengan fashion umum lainnya, mereka memakai pakaian warna - warni yang diilhami oleh halusinasi yang dilihat bisa menghisap narkoba jenis Marijuana dan LSD. di samping ungkapan pakaian mereka, terlihat juga dalam karya seni dan musik yang mereka hasilkan. Biasanya Hippies hidup menurut kategori umum sebagai 'urakan' yaitu berpakaian seenaknya, rambut dibiarkan panjang tak dicukur, kaum pria memlihara jenggot, sedangkan kaum perempuan memakai maxi dress atau skirt yang panjang sampai ketumit. Di barat kaum Hippies juga terlibat dalam body painting, body piercing dan seni tato tubuh. Hippies style sendiri merupakan gabungan dari beragam gaya yakni retro, ethnic, gypsy, elemen dari kostum rakyat atau beju bersejarah, sehingga tidak terdapat aturan yang tegas mengenai Hippies style, sebab setiap orang diperbolehkan untuk mengekspresikan kepribadian mereka secara bebas.

Hippies cenderung menghindari hair styling yang rumit, pada saat itu hair braiding dan rambut yang dibelah tengah menjadi cukup populer di kalangan pria maupun wanita. aksesoris fashion seperti bandana dan tutup kepala lainnya, seperti syal yang juga merupakan items favorit untuk melengkapi gaya mereka. Sebagai alternatif, Hippies juga kerap menggunakna bunga, jepit rambut, atau ikat kepala berwarna - warni di dahi mereka. Selain itu, kalung dengan liontin berbentuk lonceng dan gelang kaki juga sangat di gemari di kalangan wanita.



Sumber:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hippie
http://ajengnovia0.blogspot.com/2013/04/hippies-community.html
http://fashionstreet-indonesia.blogspot.com/2012/01/estetika-dan-kultur-hippies-kerap.html

Tidak ada komentar:

Posting Komentar