Dalam bahasa Arab, sastra disebut adab yang berasal dari sebuah kata
yang berarti ‘mengajak seseorang untuk makan’ dan menyiratkan kesopanan,
budaya, dan pengayaan.
Sastra menempati posisi yang terbilang
penting dalam sejarah peradaban Islam. Sejarah sastra Islam dan sastra
Islami tak lepas dari perkembangan sastra Arab. Sebab, bahasa Arab
merupakan bahasa suci Islam dan Alquran.
Bahasa Arab dalam
bentuk klasiknya atau bentuk Qurani mampu memenuhi kebutuhan religius,
sastra, artistik dan bentuk formal lainnya. Sastra Arab atau Al-Adab
Al-Arabi tampil dalam beragam bentuk prosa, fiksi, drama, dan puisi. Lalu
bagaimanakah dunia sastra berkembang dalam peradaban masyarakat Islam?
Sejatinya sastra Arab mulai berkembang sejak abad ke-6 M, yakni ketika
masyarakat Arab masih berada dalam peradaban jahiliyah.
Namun,
karya sastra tertulis yang tumbuh era itu jumlahnya masih tak terlalu
banyak. Paling tidak, ada dua karya sastra penting yang terkemuka yang
ditulis sastrawan Arab di era pra-Islam. Keduanya adalah “Mu’allaqat”
dan “Mufaddaliyat”.
Orang pertama yang mengenalkan dunia Barat
dengan sastra Arab jahili adalah William Jones (1746 M -1794 M), dengan
bukunya “Poaseos Asiaticae Commen tarii Libri Sex” atau penjelasan
“Mu’allaqaat As-Sab’a” yang diterbitkan tahun 1774 M.
Sastra
Arab jahili memiliki ciri-ciri yang umumnya yang menggambarkan suatu
kebanggaan terhadap diri sendiri (suku), keturunan, dan cara hidup.
Penulis awal dalam bidang sastera termasuklah Suhar Ibn al-Abbas al-Abdi
(zaman pemerintahan Mu'awiyah). Buku beliau berjudul Al-Amthal yang
bermaksud 'bidalan'. Antara penulis lain ialah Ziyad Ibn Abih (673M),
menulis tentang keaiban orang2 Arab, Alaqah Ibn Karim al-Kilabi (zaman
Yazid Ibn Mu'awiyah), bukunya juga berjudul Al-Amthal. Penulis lain,
Ubaid Ibn Syiryah, tulis buku sejarah, Kitab al-Muluk wa Akhbar
al-Madhin. Ilmu tatabahasa Arab ditulis oleh Abu al-Aswad ad-Du'ali.
Ilmu syari'at, Urwah Ibn al-Zubair dan Sulaiman Ibn Qais al-Hilali yang
menulis kitab fiqh dalam mazhab Syi'ah. Antara tokoh2 lain ialah Ikrimah
(tafsir al-Qur'an), Makhlul al-Syami (kitab al-Sunan Fi al-Fiqh dan
Kitab al-Masa'il fi al-fiqh), Abdullah Ibn Amir al-Yahsubi (buku Maqtu'
al-Qur'an wa Mausuluh dan Kitab Ikhtilaf Masahif al-Syam wa al-Hijaz wa
al-Iraq).
IBN AL-SAYID AL-BATALYAUSI - SASTRAWAN AHLI FILSAFAT
Tokoh terkemuka di Andalus pada abad ke-6 Hijrah ialah Abu Muhammad
Abdullah Ibn al- Sayid, berasal dari Seville, Portugal. Lahir pada tahun
1052 M di Batalyausa. Pernah tinggal di Valencia dan menjadi guru yang
sangat dihormati. Terkenal sebagai ahli bahasa, sasterawan dan ahli
falsafah. Antara karya beliau ialah al-Muthlath, mengandungi
perbincangan menarik tentang bahasa menunjukkan beliau sangat arif
mengenai bahasa. Juga ada buku untuk mereka yang ingin mendalami
penulisan iaitu al-Iqtizhab fi Syarh Adab al-Kuttab. Melalui buku syair
beliau, kita dapat melihat bahwa beliau ialah seorang yang mahir
berfalsafah.
ABU AL-SULT IBN ABDUL AZIZ - SASTRAWAN
Lahir di Daniat, Andalus timur tahun 1067 M, mendapat pendidikan awal di
sana. Antara guru beliau, Abu al-Walid al-Waqsyi yang pakar dalam ilmu
bahasa. Al-Sult sangat mahir dalam ilmu2 logik, falsafah, matematik,
falak dan muzik, namun lebih terkenal sebagai sasterawan kemudian
menjadikan sastra sebagai sumber rezeki. Kedatangan orang2 al-Murabitun
menutup rezeki penyair dengan menghapuskan istana yang menjadi tempat
penyair mencari rezeki. Maka, beliau pun meninggalkan Andalus dan
berhijrah ke Mesir pada tahun 489H. Salah faham dengan penguasa di sana
membuatkannya tidak boleh tinggal lebih lama dan berpindah ke Tunisia.
Mencari rezeki dengan memuji2 Raja Afrika Barat melalui syair2nya.
Antara karyanya termasuklah Hadiqah al-Adab, al-Mulah al-Asriyah dan
al-Risalah al-Misriyah. Juga menghasilkan buku perubatan, falak dan
logik.
IBN BAJJAH - SASTRAWAN DAN AHLI PENGOBATAN
Ibn Bajjah lahir di Saragossa pada tahun 1082M. Hidup dan bergiat
sebagai penyair bagi golongan al-Murabbitin pimpinan Abu Bakr Ibrahim
Ibn Tawalfit. Dilantik menjadi menteri. Raja Argou menyerang dan beliau
meninggalkannya pada tahun 1117 M. Singgah di Valencia dan kemudian
menetap di Seville dan mengamalkan ilmu kedoktoran dan ilmu logik.
Meninggal dunia setelah diracuni akibat hasad dengki orang2 Morocco. Ia seorang sastrawan unggul, ahli
bahasa dan hafiz al-Qur'an, juga mahir perubatan, pemain gambus yang
baik, berkemampuan dalam falsafah.
Mewariskan buku Risalah al-Wida' yang mengandungi pandangannya tentang
falsafah kepada tamadun manusia. Karya2 beliau yang lain berkenaan ilmu
logik, psikologi, pemikiran, keturunan, politik dan perubatan. Namun,
beliau mempunyai masalah menyelesaikan masalah dalam ilmu2 algebra dan
fizik kerana lebih mahir dalam hal2 metafizik. Beliau bagaimanapun tidak
setuju dengan pendapat Aristotle iaitu negara sepatutnya ada satu
sahaja dan hidup harmoni.
UMAR KHAYYAM - SASTRAWAN AHLI MATEMATIKA
Umar Khayyam merupakan tokoh sastera besar islam, meskipun lebih
terkenal sebagai penyair namun beliau juga turut dianggap sebagai pakar
dalam matematika algebra. Dalam bidang Matematika, penyair Islam ini
telah berhasil memecahkan persamaan pangkat tiga dan pangkat empat
melalui kerucut-kerucut yang semua itu merupakan ilmu aljabar tertinggi
dalam matematika modern. Sementara itu Umar al-Khayam yang wafat pada
tahun 515 H/1121 M, Uraian-uraiannya kemudian berpindah dari Eropah dan
menjadi asas kepada apa yang ada pada jaman modern ini.
Sumber:
http://tokoh-ilmuwan-penemu.blogspot.com/2009/08/tokoh-sastra-dunia-islam.html
http://www.republika.co.id/berita/dunia-islam/khazanah/12/08/10/m8hq531-sastra-dalam-peradaban-islam-1
Tidak ada komentar:
Posting Komentar